Tan Hooi Ling

Tan Hooi Ling (Bahasa Cina: 陈慧玲; pinyin: Chén Huìlíng; Pe̍h-ōe-jī: Tân Hūi-lêng) ialah seorang ahli perniagaan wanita Malaysia yang berpangkalan di Singapura. Beliau terkenal sebagai pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat pengangkutan Singapura, Grab Holdings Inc.[1] Tan adalah seorang penganalisis perniagaan di McKinsey & Company sebelum dia mengasaskan Grab bersama Anthony Tan semasa menghadiri Harvard Business School.